Unique Ingredient Identifier

Unique Ingredient Identifier (UNII, Pengecam Ramuan Unik) ialah sistem pengecam nombor-abjad yang dikaitkan dengan struktur molekul suatu bahan atau maklumat deskriptif dan dihasilkan oleh Sistem Pendaftaran Bahan Global (GSRS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA). Pengecam ini mengelaskan suatu bahan sebagai bahan kimia, protein, asid nukleik, polimer, bahan pelbagai struktur atau campuran[1][2] berdasarkan piawaian yang digariskan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dalam ISO 11238[3] dan ISO DTS 19844.[4] UNII tidak berhak milik, unik, tidak samar, dan bebas diterbitkan serta digunakan.[2] UNII dapat diterbitkan terhadap bahan-bahan pada sebarang tahap kerumitan, dan tertakluk kepada "sebarang bentuk bahan, dari atom ke organisma."[1]